August 3, 2010

Blog Untuk Guru Besar

Hari ini kawan bersama 5 orang Fasilitator Schoolnet membantu rakan-rakan Guru Besar yang berhajat membina blog peribadi. Bengkel ini bertujuan memberikan sedikit pendedahan berkaitan dunia ICT terutama dalam proses membina sebuah blog bermula dari pendaftaran, membuat entri dan sedikit-sedikit menambah "gadget" dll

Rancangan awal bengkel di PKG Bandar terpaksa dipindahkan ke Makmal 3 Komputer SK Bandar kerana masalah line.  Sebelah petang mejoriti GB mohon pelepasan kerana menghadiri Majlis APC di SMK Dato' Sulaiman.  

Tahniah kepada rakan-rakan GB yang berjaya menghasilkan Blog hanya dalam tempoh kurang 3 jam.

Jangan takut mencuba...kesilapan itu perkara biasa. 


Antaranya blog yang terhasil. Lepas ni cuba-cubalah explore secara kendiri.


Terima kasih Puan Masrianis dan rakan-rakan FS yang lain.

Cikgu Teo Boong Sai (blog sekolah)
Cikgu Tung Pai Hong
Cikgu Halimi Hassan

No comments: