September 8, 2010

Minat Membaca "RM Sepuluh Ribu Hantaran"

 
Rabu 8 dan Khamis 9 September 2010, saya mengambil cuti rehat.

Anak bongsu ada kelas tambahan murid-murid tahun 6 kelas sains cikgu Saliza dari jam 8.00 hingga 10.00 pagi.  Jam 11.00 pagi, saya ke sekolah, hantar cat tambahan dan besama 3 rakan tukang kebun catkan tiang-tiang besi dan tangga  laluan ke blok C. Tiang besi parkir kereta pun kita catkan juga.  Semua dah berkarat (maklumlah sekolah dah tua....100 tahun). Semasa membeli cat, saya berjumpa Mizi dan beberapa orang sedang membeli cat juga. Cat rumah untuk rayalah tu.....Saya pun nak cat tiang besi sekolah untuk raya juge.

Mira ikut ke sekolah...dia join murid yang ada kelas Zoom-A. Jam 12.00 kami balik rumah.

Di rumah, isteri saya sejak pagi mengadap komputer.  Selama ini tak pernah mengadap komputer lebih sejam.  Heran juga apa yang dibaca.??? Sejak jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 petang membaca.  Minat membaca, rasanyalah saya lebih ke hadapan.

Rupanya, isteri saya sedang tekun membaca Cerita Bersiri Paling Popular dari Blog Peribadi Ustaz Mohd Khalil Kadi Kluang bertajuk "Bapa Paksa Hantaran RM10,000".  Saya dah baca keseluruhan episod tu dan belum baca episod "Sudah Nasibku Mat Burger".  Isteri saya dah mula membaca episod "Sudah Nasibku Mat Burger"... cerita sedih kata. isteriku.

Banyak pengajaran dari Blog Peribadi Ustaz Mohd Khalil....Tahniah untuk beliau.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

1 comment:

Ateh Salim said...

Tahniah. Dah mula mengarang ni...
Saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada tuan. Maafkan zahir dan batin.