dah lebih setahun saya bersara.
Syukur Alhamdulillah
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada segala sokongan, bantuan, bimbingan, nasihat, tunjuk ajar
serta kerjasama yang telah diberikan
sepanjang tempoh perkhidmatan saya
Dengan rasa rendah diri dan penuh keikhlasan,
saya menyusun sepuluh jari memohon ampun
maaf zahir dan batin di atas apa jua kesalahan dan kesilapan yang telah saya
lakukan sepanjang tempoh perkhidmatan saya. Mohon tuan/puan halalkan termakan
dan terminum
Ya Allah sesungguhnya kami memohon kepadamu keselamatan dalam agama, kesihatan dalam tubuh, bertambah dalam ilmu, dan keberkahan rezeki, taubat sebelum mati, mendapat rahmat sebelum mati, dan mendapat pengampunan sesudah mati, Ya Allah ringankanlah saya dari sakaratul maut, lepaskan dari api neraka, Dan mendapat keampunan ketika dihisab, Ya allah janganlah engkau goyahkan kami ketika kami sudah mendapat petunjuk, beri kami rahmatmu yang maha pengasih. Ya allah berikan hamba kebaikan didunia dan di akhirat, dan jauhkanlah kami dari api neraka.
1 comment:
Tahniah Tn Hj..selamat bersara.
Post a Comment