26 hingga 28 APRIL 2009 aku bersama isteri mengikut lawatan sambil belajar anjuran MGB Batu Pahat ke negara jiran Indonesia. Bagi rakan-rakan yang berhajat melihat 88 keping gambar semasa di IAB. Cuba-cubalah download dari sini ( Fail tu besar 16.2MB dan aku sumbat dalam zip file ). Kena sabar pak.
April 26, 2009
April 25, 2009
LDP SK Peserai Bil.2/2009
Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) SK Peserai berjalan seperti dirancang pada hari ini. Tajuk kursus : Pembestarian Sekolah dan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Ke Arah MS ISO 2001:2008. Selain aku sendiri memberikan taklimat berkaitan Sekolah Bestari, dua orang penceramah hebat dalam bidangnya turut memberikan penerangan berkaitan SPSK iaitu En. Osman bin Nekmat ( Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Johor) dan En. Rashid bin Sulaiman (Pengetua SMK Banang Jaya). Diharapkan Matlamat dan objektif LDP kali ini tercapai sepenuhnya. Kursus telah dijalankan di Bahagian Teknologi Pendidikan Zon Bagan. Terima kasih kepada En. Ridhzuan bin Hj. Jamian (Pegawai Teknologi Pendidikan BTPZ Bagan)
Terima kasih dan tahniah kepada semua guru dan penceramah undangan yang hadir menjayakan sebahagian tanggung jawab kita.
April 24, 2009
Habis Kursus
Hari ini saya tamat menjalani Kurus Pengurusan Perkhidmatan ICT (Guru Besar) dari 19 - 24 APRIL 2009 bertempat di IAB Induk, Genting Highlands. Kepada rakan-rakan guru di SK Peserai, esok jangan lupa kita ada Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bertajuk "Program Pengurusan Sekolah Kualiti Kearah MS ISO 9001:2008". Dua agenda besar kita untuk merealisasikan Sekolah Bestari dan Sekolah MS ISO 9001:2008 menjadi tanggungjawab bersama.
"Jom Ngeteh"
Untuk mengeratkan persahabatan, biasanya peserta kursus keluar minum petang di kedai kopi. Di kampung saya perkataan "jom ngeteh" popular untuk kawan-kawan mengajak saya keluar ke mana-mana warung. Maklumlah saya ni orang kampung yang belum biasa minum di hotel kecuali tempat kursus sememangnya di hotel..
April 22, 2009
Timbul Semangat

Tahukah anda, bahawa aku hanya ada semangat dan sedikit keberanian untuk membawa sekolah ku ke arah bestari. Alhamdulillah dengan "memandai-mandai" sekolah aku juga ada portal yang tidak dikemaskinikan, aku memasang sendiri "LAN" untuk semua 5 orang GPK yang disambungkan ke talian internet ( Schoolnet ), Memasang CCTV-5 buah kamera litar tertutup, Memasang wireless router sebanyak 4 buah bagi memudahkan guru-guru mengakses internet bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dan Memasang 16 unit telefon PABX yang menghubungkan bilik-bilik khas di sekolah termasuk pondok pengawal.
Terasa kerdil kerana aku kekurangan komputer ( komputer untuk murid hanya ada 14 buah untuk 1000 murid ). Pusat Akses belum ada.
Maaf
Hari ini 22.04.2009 hingga 24.04.2009 kawan mohon maaf kepada rakan-rakan MySchoolNet kerana tidak dapat hadir ke Hotel Prescott Inn, KL untuk mengikuti Mesyuarat Perancangan dan Penyelarasan Jawatankuasa Petugas Laman Web MySchoolNet. Kawan dah maklumkan En. Sayuti kerana kursus di IAB menjadi keutamaan untuk kali ini.
InsyaAllah lain kali jika diundang kawan tetap hadir.
April 21, 2009
Demi Masa
Subscribe to:
Posts (Atom)