Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) SK Peserai berjalan seperti dirancang pada hari ini. Tajuk kursus : Pembestarian Sekolah dan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Ke Arah MS ISO 2001:2008. Selain aku sendiri memberikan taklimat berkaitan Sekolah Bestari, dua orang penceramah hebat dalam bidangnya turut memberikan penerangan berkaitan SPSK iaitu En. Osman bin Nekmat ( Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Johor) dan En. Rashid bin Sulaiman (Pengetua SMK Banang Jaya). Diharapkan Matlamat dan objektif LDP kali ini tercapai sepenuhnya. Kursus telah dijalankan di Bahagian Teknologi Pendidikan Zon Bagan. Terima kasih kepada En. Ridhzuan bin Hj. Jamian (Pegawai Teknologi Pendidikan BTPZ Bagan)
Terima kasih dan tahniah kepada semua guru dan penceramah undangan yang hadir menjayakan sebahagian tanggung jawab kita.
1 comment:
Hj, tahniah sekali lagi, selain dipilih sebagai sek bestari, tuan begitu hebat dan layak sebagai GB Sek Bestari. Sepatutnya, sekolah yang nak dipilih sebagai sek bestari tu, GBnya perlu bestari dulu, macam tuan Hj. ni. Bukan saja hebat dlm ICT, tetapi juga hebat dalam fotografi. Kalau dekat2, saya dah jemput bagi ceramah LDP di sekolah saya. Selamat Maju Jaya tuan.
Post a Comment