April 22, 2009

Timbul Semangat

Hari ini aku dibawa ke SK Seri Bintang Utara, Cheras, KL bersama kumpulan peserta Kursus Perkhidmatan ICT (Guru Besar). Terasa kecil dan kerdil jika dibandingkan prasarana yang mereka miliki. Mereka ada 6 buah Interactive Whiteboard, Perpustakaan Digital, lebih 160 komputer, berpuluh TV dan Kios interaktif. Dimaklumkan bahawa mereka telah melalui pahit getir untuk merealisasikan Sekolah Bestari selama 10 tahun.
Tahukah anda, bahawa aku hanya ada semangat dan sedikit keberanian untuk membawa sekolah ku ke arah bestari. Alhamdulillah dengan "memandai-mandai" sekolah aku juga ada portal yang tidak dikemaskinikan, aku memasang sendiri "LAN" untuk semua 5 orang GPK yang disambungkan ke talian internet ( Schoolnet ), Memasang CCTV-5 buah kamera litar tertutup, Memasang wireless router sebanyak 4 buah bagi memudahkan guru-guru mengakses internet bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dan Memasang 16 unit telefon PABX yang menghubungkan bilik-bilik khas di sekolah termasuk pondok pengawal.
Terasa kerdil kerana aku kekurangan komputer ( komputer untuk murid hanya ada 14 buah untuk 1000 murid ). Pusat Akses belum ada.
Lihatlah kehebatan anak-anak tahun 4 menunjukkan kemahiran mereka membuat animasi dari tanah liat menggunakn perisian movie maker. Mereka menggunakan kamera digital sendiri?? mampu dan sanggupkah ibu-bapa membeli sebuah kamera digital untuk anak.

Gambar peserta kursus di hadapan SK Seri Bintang Utara. Rugi jadi Juru Gambar.

2 comments:

chehassan said...

Tahniah. Hebat demo Hj. Bukan saja pandai setelah memandai-mandai dalam ICT tetapi hebat juga sebagai jurugambar. Semoga kita diberi kekuatan untuk membangunkan sekolah bukan saja jadi sekolah bestari tetapi juga dapat melahirakn insan yang berguna kepada bangsa dan negara.

yusofsipan said...

tahniah cgKawi, dah ok ler kalau cg dah mcm tu... kami msh merangkak2 lg ni...hehehe