November 26, 2009

Masih Dalam Ingatan


2 comments:

Kak Ungku Betty said...

As Salam....Cikgu Sarkawi, saya Tengku Badariah Hassan, pelajar Tingkatan 5Sc 2, SSP tahun 1983,adalah bekas murid Cikgu dulu.
Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah kerana dpt berjumpa kembali dgn Cikgu walaupun bukan bertemu jasad (or face to face)tetapi kita berjumpa dalam alam digital/maya lah pulak.

Saya bukanlah seorang pelajar yang bijak untuk Cikgu mengingati saya, tetapi cukuplah saya ingin nyatakan, saya amat berterima kasih dgn ilmu yang dicurahkan kpd saya.

Alhamdulillah, saya mampu menjejakkan kaki saya ke menara gading iaitu UIAM dan dgn ijazah Sarjana Muda Ekonomi (B.Ec Hons), saya mampu menjawat jawatan tinggi di dalam sektor swasta sebagai seorang wanita korporat dan mencurahkan bakti saya kepada agama, bangsa dan negara.

Semoga Allah SWT sentiasa memberkati serta merahmati Cikgu serta keluarga dan terima kasih tidak terhingga di atas ilmu dan nasihat tanpa mengenal erti jemu kepada kami anak2 murid mu.

Sudilah sekiranya Cikgu melawati blog saya di http://badar-betty.blogspot.com

Sekarang ini saya telah bersara dari dunia korporat dan menjadi pendidik untuk mendidik anak-anak bangsa saya pula. Sambutlah salam ukhuwah dari saya. Semoga dapat kita berjumpa suatu hari kelak...insyaAllah.

Wassalam.

Cikgu Sarkawi said...

Wa'alaikumsalam YM Tengku Badariah Hassan,

Terima kasih kerana menjenguk blog peribadi saya ini. Mohon maaf jika sekiranya saya terlupa bekas anak-anak murid saya bermula 28 tahun dahulu. InsayaAllah saya masih ingat jika diingatkan.

Satu kepuasan dan gembira seorang pendidik bila mengetahui bekas anak muridnya berjaya. Alhamdulillah.

Saya sudah melawati blog My Colourful Life. Salam takzim kepada suami.