Pada 14 hingga 16 Disember 2009, kawan menghadiri Mesyuarat Program Sekolah Bestari Luar Bandar Fasa 1 (15 sekolah) di Hotel Pan Pasific KLIA. Setelah hampir setahun sekolah kawan cuba melaksanakan program ini. Rasanya tidak adil jika pencapaian kami dibandingkan dengan 88 buah sekolah yang telah melaksanakan program ini sejak 10 tahun yang lalu. Berikan kami masa dan kemudahan, insyaAllah impian kita pasti tercapai (dengan usaha semua pihak).
Terima kasih kepada semua pihak khususnya KPM, MDEC, BTP, BTPN Johor, JPN Johor, PPD Batu Pahat, PKG Bagan dan PIBG yang telah memberikan sokongan, khidmat nasihat dan bimbingan kepada kami dan dan tidak dilupakan guru-guru yang berusaha merealisasikan 5 bintang SSQS.
4 Elemen penentu kejayaan yang dapat kawan simpulkan:
E1: Sikap ( komitmen, kepimpinan, motivasi, keinginan, kesedaran, kerjasama, kesungguhan dll.)
E2: Prasarana ( makmal komputer, pusat akses, komputer, pencetak, LCD, pengimbas, rangkaian LAN, WiFi dll)
E3: Sokongan ( guru-guru, PIBG, PPD, PKG, JPN, BTPN, KPM, MDEC, IAB, Korporat dll.)
E4: Kemahiran Asas ICT ( MS Office, penggunaan pencetak, pengimbas, internet, e-mail, web, i-kit, e-board) sudah tentu perlukan latihan berterusan.
Setelah merancang dan melaksanakan pelbagai program berkaitan pembestarian sekolah. Pemantauan dan postmortem perlu dirancang (seperti hari ini) dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Jangan biarkan kawan 'memandai-mandai' tanpa bimbingan, nasihat dan bantuan dari pihak atasan.
Peringatan: 17 Disember 2009 Mesyuarat AJK SPSK JPN Johor di Muar.
22 Disember 2009 Seminar SPSK Kearah MS ISO 9001:2008 di Kluang
26 Disember 2009 Haji Mohamad Johari menikahkan anak pulak.
1 comment:
Terima kasih atas maklumat menarik
Post a Comment