February 26, 2010

Maulidur Rasul, Broadband dan Buku

PAGI
Hari cuti kerana memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w. Untuk mengisi cuti yang diberikan oleh kerajaan, kita mengadakan sambutan peringkat sekolah. Alhamdulillah, kehadiran guru-guru dan anak-anak diluar jangkaan. Tiada paksaan kerana kita mahu merebut keredaanNya. Semoga kita bertambah-tambah kuat menjadi pengikut nabi Muhammad s.a.w. yang setia.

Majlis dimulakan jam 7.45 pagi dengan bersalawat, doa, ucapan GB, ucapan YDP PIBG. Perarakan mengelilingi sekolah dengan membawa sepanduk yang dihasilkan oleh guru dan murid. Acara pentas persembahan nasyid murid-murid dan ceramah disampaikan tetamu undangan dan akhirnya salawat dan doa makan...makan.
.
Terima kasih kepada para dermawan yang menyokong sambutan kali ini: 4 periuk besar nasi baryani, 2 periuk besar daging, kuah dalca dan acar nenas. Khabarnya habis.Tidak dilupakan tahniah dan terima kasih kepada AJK Sambutan yang telah berjaya melaksankan sebahagian daripada program pendidikan Islam tahun ini.

Majlis berakhir sebelum jam 11.00 pagi.
.
TENGAHARI: Solat Jumaat bersama Syafiq
.
PETANG:
Bersama isteri dan anak-anak ke Carrefour.
Isteri belikan broadband untuk kegunaan anak kami.



Saya, beli buku "NAK KE TAK NAK" oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-haj
Sedikit sedutan dari buku ini dari tajuk BANGLA DAN KARPET m/s 80 "Orang yang jual karpet ni lepas jalan kaki mereka naik basikal, lepas tu naik motosikal, sekarang dah guna van. Kita? Masih berhutang karpet dengan mereka. Daripada kuli mereka dah hampir jadi tauke. Kita? Kita masih jadi orang yang berhutang dengan mereka. MasyaALLAH" Syafiq kata " Buku ni kakak dah beli la"
eyee? "kenapa tak cakap"..."abah tak tanya"..."tak ape, beli buku tak rugi apa-apa"

1 comment:

Cikgu Saiyidah said...

laa...abah..akak dah beli dah buku tu zaman kt upsi dulu..hehe akak de buku HM Tuah yg lain..nnt abah xyah beli..pinjam dr akak je..hehe =)