February 19, 2010

Sahabat dan isteri

Hari ini kawan masih bercuti:

Pagi ke JPJ bersama isteri - hidupkan lesen memandu saya dan pindah milik kereta isteri.
Tengahari di sekolah: Haji Mat maklumkan sahabat kita En. Sulaiman Arjam di Hospital Batu Pahat - darah tingginya naik.
Balik sekolah - makan tengahari bersama isteri, anak bongsu dan Haji Mat di Restoran Asam Manis.
Petang - Ke Hospital Batu Pahat bersama isteri - melawat sahabat kita En. Sulaiman, beliau telah ditemani olah isteri dan anaknya. Rupanya seorang lagi sahabat kita En. Asri (GB SK Sri Mendapat) juga sedang dirawat di wad 3 yang sama. Beliau juga ditemani oleh isteri dan anak.  Sebelum tu, kawan bawakan buah tangan yang dibeli di kedai hospital (buah dan senaskah buku "Ungkapan Emas" susunan Zakaria Bidin...berikut kawan buat sedikit sedutan dari buku berkenaan:
  • Suami isteri adalah jenis sahabat yang diiktiraf masyarakat
  • Sahabat ialah sebenarnya diri kita yang kedua
  • Dengan wang, kita boleh dapat kawan tetapi bukan sahabat
  • Kebahagian tidak ada kunci tetapi hanya ada tangga untuk mencapainya
  • Sebenarnya tiada manusia yang lemah, hanya mereka tidak bersemangat
  • Orang bijak akan menumpukan peluang yang ada daripada sibuk mencari peluang baru
  • Orang hidup tanpa cita-cita adalah oarang yang telah lama mati sebelum ajalnya tiba
Didoakan sahabat kita (En. Sulaian dan En. Asri) cepat sembuh.

2 comments:

abytaib said...

'ungkapan emas' yg perlu dihayati setiap insan...moga En Sulaiman dan En Asri cepat sembuh...

borhani abu bakar said...

Tahniah atas kejayaan Tuan dan warga pendidik SK Peserai.Kita semua tumpang gembira dan bangga atas kegigihan tuan-tuan menyahut cabaran sehingga berjaya. Syabas!