March 3, 2010

Pemantauan Blog SKP


02.03.2010....logo di atas boleh digunakan untuk kebaikan bersama
PAGI hingga PETANG
Berada di SMK Senggarang dalam Program Pemantauan Pengurusan Sekolah oleh JPNJ Sektor Jaminan Kualiti. Semua sekolah di BP membawa segala dokumen yang dikehendaki untuk disemak oleh pegawai-pegawai yang berkenaan.
Pengarah Pelajaran, Timbalan Pengarah, Ketua Sektor SJQ, PPDBP menyampaikan taklimat dan nasihat kepada pemimipin-pemimpin sekolah. Antara yang diberi penekanan ialah aspek PEMANTAUAN semua program di sekolah.
MALAM
Buka e-mail: Salah satu e-mail dari En Borhani (Pegawai ICT PPDBP)...saya copy and paste kat bawah:....rupanya beliau juga memantau secara maya.

Tuan,

Saya sudah berpeluang ke blog tuan haji,sungguh teruja dan tambah kagum bila ramai rakan guru tuan telah memiliki blog.Baru saya sedar blog lebih menarik dan diminati....apa lagi bila ada cerita dari laman web boleh diakses dalam blog kita. Kita dapat interaktif dari pelayar-pelayar dan mereka boleh beri kita feedback terhadap sesuatu isu dengan lebih berkesan. Macamni boleh lah beri kursus kepada kami dan staf PPD pulak. Tapi tercari2 juga blog kak Com dan bang yatim........Rosyati pula suka ruang kesihatan....saya teruja juga kerana satu dua cerita dapat bantu saya bila usia tua mengejar saya. Tahniah kepada Tuan Haji dan semua warga peserai kerana anda semua kita dikenali.

3 comments:

Misz said...

alhamdulillah...
moga2 sesuatu itu mendatang kebaikan walaupun hanya sebaris kata...:)
:)

Ateh Salim said...

Sebagai mana yang dijanjikan, saya terus membuka blog tuan sekembalinya dari SMK Dato Onn. Tahniah atas segala usaha yang tuan lakukan untuk menyebarluas pengetahuan ICT tuan kepada warga SK Peserai. Saya belum sampai tahap itu. Setakat suka-suka dan 'syok sendiri' bolehlah.

Mulanya saya agak terkejut bila tuan menyatakan selalu mengikuti perkembangan saya. Heran juga, sebab kita jarang bertemu. Rupa-rupanya tuan terlajakmusuk ke blog saya.

Apa-apa pun terimakasihlah.....

yati said...

terima kasih En.Borhani,Cikgu Ateh,rakan-rakan guru singgah di blog saya. ada lebih baik beri komen kat blog saya juga,sekurang2nya saya tau ada yang berminat dengan artikel2 saya. Terima kasih.