July 31, 2010

Sambutan 100 Tahun SK Peserai

1.  Terima kasih kepada YB Datuk Haji Ariss bin Samsudin ADUN Semerah kerana sudi merasmikan sambutan 100 tahun SK Peserai pada hari Sabtu 24.07.2010
2.. Terima kasih kepada Tuan Haji Shapie bin Md Shariff PPD Batu Pahat kerana sudi merasmikan majalah Kemilau Bestari pada hari Jumaat 30.07.2010.
3. Terima kasih kepada Tuan Haji Ghazi bin Hj Ali wakil PPD (bapa angkat SK Peserai)dalam majlis penutupan rasmi.
4. Tahniah dan syabas kepada Mejar (B) On bin Abd Wahab YDP PIBG dan AJK PIBG SK Peserai yang telah berjaya mengadakan majlis Sambutan 100 Tahun SK Pesrai.
5. Terima kasih kepada para dermawan yang memberikan sokongan dan bantuan kepada PIBG dan sekolah untuk menjayakan majlis kita.
Antara cenderamata
Tuan Haji Mohammad Razi bin Abd Rahim (Mantan Ketua Sektor Akademik JPN Johor) merupakan kerani pertama SK Peserai 1963 turut hadir selepas majlis tahlil dan turut menyampaikan pensejarahan SK Peserai kira-kira 47 tahun yang lalu.
Bergambar kenangan selepas pensejarahan SK Peserai
Berjumpa kawan lama,
Pameran motor berkuasa tinggi
Bergambar untuk kenangan
Persembahan Angklung Malam Alumni
Johan Futsal kategori perempuan 12
Tarian rama-rama prasekolah

Maaf saya tak berpeluang pegang kamera lama-lama....Gambar lain akan diupload ke Portal SK Peserai (untuk ustaz Fathi, Cikgu Zainorida, Cikgu Yatim, Cikgu Aziz dan rakan PKG...mohon gambar dari tuan)


2 comments:

Ateh Salim said...

Tahniah kepada SK Peserai dan tahniah juga kepada warga SKP khususnya kepada Guru Besarnya.
Saya memang bercadang menghadiri jemputan tuan meraikan Sambutan 100 tahun itu. Tetapi (kelemahan saya sendiri) - hari Sabtu saya ke Batu Pahat bersama keluarga namun boleh LUPA tentang majlis tersebut. Bila balik (lewat petang) baru teringat.... Nak datang semula (penat pulak).
Hari Ahad ada urusan lain di Muar.

Cikgu Sarkawi said...

Tak mengapa tuan.

Majlis kami dibuat secara kecil-kecilan yang tidak melibatkan Pak Menteri.

100 tahun mengenang pengasas dan pemimpin masa silam dan kesediaan pemimpin masa kini dan akan datang.

Sebentar lagi saya ke Melaka urusan keluarga.