August 6, 2010

Animasi

Hari ini kawan mengambil cuti rehat untuk mengambil anak-anak yang berjaya keperingkat akhir pertandingan "Digital Storytelling Through Animation With Stitch" bertempat di Cyberview Lodge and SPA, Cyberjaya, Selangor.

Bertolak dari rumah sekitar jam 9.00 pagi dan sampai jam 12.00 tengahari. Anak-anak dan cikgunya baru nak makan. Kawan ke Masjid Sultan Mizan, Putrajaya untuk solat jumaat. Rupanya Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan yang dianjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang berlangsung di masjid berkenaan.

Team SK Peserai bersaing dengan 11 sekolah lain dan telah memberikan persembahan yang baik. Walaupun kita tidak meraih hadiah utama melawat Disneylang Hong Kong, kita tetap merasa puas kerana kartun yang disediakan dalam tempoh dua minggu sahaja merupakan 100% diusahakan sendiri oleh anak-anak dengan bantuan guru-guru, rakan pelajar dan warga sekolah sahaja. Lain kali kita akan minta bantuan kepakaran BTP atau PKG...Progran the TAB yang disediakan belum cukup power untuk menghasilkan animasi yang cukup baik...dan tempoh masa animasi 40 saat hingga 120 saat tidak perlu dipatuhi.
Kepada team SK Peserai: Syaza, Amirul, Ashikin, Cikgu Shamala...Tahniah.
Kepada guru-guru, FS, Juruteknik, rakan-rakan sekelas Syaza yang memberikan bantuan: Terima Kasih.

1 comment:

Ateh Salim said...

oh Tahniah....tahniah. Saya tumpang bangga !