Saya sekeluarga masih tidak dapat berjalan mengunjungi saudara mara kerana isteri kena jadi penunggu stesyen minyak. InsyaAllah esok, rasanya baru dapat berjalan.
Sepupu saya bersama anak-anaknya dari Johor Bahru berkunjung ke rumah pada 02 Syawal.
Bapa saudara (adik emak) datang pada pagi tadi.
Firdaus (baju oren) singgah berhari raya bersama rakan-rakanya. Firdaus mendapat lebih duit raya kerana dapat membaca apa yang saya tulis. Firdaus mengalami masalah peka dan bisu dan boleh berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa isharat. Tahniah CIKGU ATEH yang merupakan guru besarnya kerana beliau mengenali anak murid sehingga tahu tempat dan pekerjaan bapanya.
Nasihat saya: Hormat dan sayangi ibu-bapa dan guru-guru.
Murid-murid dari SK Parit Lapis.
Nasihat saya: Berhati-hati ketika menunggang basikal.
1 comment:
Terima kasih kerana sudi menerima murid saya sebagai tetamu....
Post a Comment