March 11, 2012

Catatan Terakhir Portal SK Peserai

Hari ini saya tergerak hati untuk membuat sedikit catatan dalam portal SK Pesrai (mungkin catatan terakhir). Siapa kata saya tak sayangkan sekolah ini. Pejam celik, pejam celik dah lapan tahun bersama warga besar SK Peserai.  Banyak kenangan manis dan kegembiraan telah dikongsi.  Seperti yang saya kata, saya tak ada masalah dengan PIBG, Guru-guru , Staf Pejabat, Pekerja-pekerja swasta, Ibu-bapa dan Anak-anak.

Seperti yang saya kata, saya sukakan perubahan dan suasana baru (sekali sekala tukarlah cadar dan kedudukan katil tu...tapi jangan tukar pulak isteri/maknya tu...karang perang besar dibuatnya...Laaa mana ada saya takutkan isteri...cuma dah tak ada kebenaran dari isteri dan anak-anak, kita sebagai suami yang baik kenalah akur...he he he (pinjam bahasa anak-anak)

Berikut saya Copy and Paste apa yang tergerak dihati dalam post terakhit tu...Kalau ada salah silap eja tu maafkan saja..

PERTUKARAN GURU BESAR

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia,

Adalah dimaklumkan saya, Haji Sarkawi bin Haji Satu Guru Besar telah diarahkan bertukar ke SK Penghulu Salleh mulai 01 MAC 2012. Tempat saya diambil alih oleh Tuan Haji Md Khirom bin Ab Rahman.
Dikesempatan ini, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada YDP PIBG Mej(B) Hj. On bin Abddul Wahab dan AJKnya, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru, Staf Pejabat, Pekerja-pekerja Swasta, Ibu-bapa, Masyarakat setempat serta anak-anak murid yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang padu sepanjang saya menjadi Guru Besar di SK Peserai (sejak 16.06.2014).
Berikanlah kerjasama dan sokongan yang berterusan kepada Tuan Haji Md Khirom agar sekolah yang kita sayangi ini terus maju dan beroleh kejayaan yang lebih cemerlang.
Mohon maaf zahir dan batin diatas kesilapan dan keterlanjuran sepanjang saya bertugas di sekolah ini.
Antara "gurauan/nasihat saya" sepanjang bertugas disini:
  • Bermula dengan NIAT yang betul. ( Apa? Bila? Tahap?...)
  • Buat PERANCANGAN (Strategi, Analisis SWOT, Apa? Bila? Bagaimana? Kos? Visi, Misi, DOKUMENKAN...)
  • LAKSANAKAN apa yang dirancang (Sepasukan, gotongroyong, kerjasama, muafakat, gembira dan ceria..)
  • Jangan lupa PEMANTAUAN (Komunikasi berkesan, pujian/ganjaran, teguran, nasihat, belajar dari kawan...)
  • Lihat HASIL (Rujuk Objektif, Berjaya atau Gagal…)
  • Berakhir dengan REFLEKSI ( Postmortem, Kelemahan, Kekuatan, Ancaman, Peluang, Penambahbaikan, DOKUMENKAN....)
  • Ikut PROSEDUR (Pekeliling, Surat Arahan dll...)
  • Tepati MASA (Demi masa sesungguhnya.....)
  • Pandai mengawal (Duit, Perempuan/Ibu, Kuasa dan Kemegahan...)
  • Kerja yang baik jangan bertangguh (Do It Now…)
  • Ingat Mengingat (saya mudah LUPA....)
  • MEMAHAMI DASAR KEMENTERIAN PELAJARAN (rujuk portal Kementerian Pelajaran Malaysia)
  • Kemahiran perlukan Latihan (banyak contoh orng yang berjaya..)
  • Saya Sayang Sekolah
  • dan banyak lagi "gurauan" seorang yang Takut Lupa - Catat
Sekian, Terima Kasih.
(HAJI SARKAWI BIN HAJI SATU)
...paparan ini akan berada dimuka hadapan sehingga 30.03.2012..

3 comments:

Kemilau Mentari said...

Tahniah dan terima kasih yang tak terhingga kerana jasa tuan di SKP ... tak tersenarai banyaknya....Terima kasih juga pada Kak Dah kerana sentiasa menjadi tulang belakang dan rusuk kiri Hj Sarkawi semasa di SKP...Tiada Kemilau Mentari tanpa tunjuk ajar Takut Lupa - Catat....Terima kasih tuan...

KAMARUDDIN ALI said...

TAHNIAH TUAN . Pengalam bersama tuan dalam tugasan Pemantuan SBT Johor dibawah kelolaan Encik Mustafa Ibrahim ( JPN Johor ) amat bermakna . Video dan kamera jadi identiti tuan . Kereta MAZA jadi kebanggaan tuan . Semuga tuan lebih mempamerkan lebih prestasi di sekolah baru . TQ
dr: Cg. KAMARUDDIN BIN ALI - Segamat

Cikgu Sarkawi said...

Terima Kasih Cikgu Kamaruddin Ali,

Saya masih menyimpan gambar-gambar team pemantau SBT Johor. Suatu masa menjadi kenangan manis saya.

Kereta NAZA masih ada, cuma 2 kamera video tu dah hilang kena curi.