March 3, 2012

Kemahiran, Kejayaan dan Kasih Sayang

 Memanah: banyak latihan, tenang dan sunah nabi.
 25.02.2012 Stadium Pontian: Peserta memanah dari SK Peserai
 25.02.2012 Stadium Pontian:
 28.02.2012: Belajar dari orang yang berilmu.
 28.02.2012: Kelas malam dengan kerjasama PIBG untuk menambah kemahiran, kefahaman dan kejayaan
 Memanah peringkat MSS Johor. Perlu banyak latihan dan tunjuk ajar dari jurulatih yang berwibawa.
 28.02.2012: Harapan ibu-bapa perlu dipenuhi oleh anak-anak. Hadiahkan mereka dengan kejayaan anda...
 27.02.2012: Penunggang basikal bertaraf antarabangsa ini telah melalui latihan yang gigih dan mengorbankan banyak masa.
27.-2.2012: "Le Tour de Langkawi (LTDL) 2012 melalui hadapan sekolah.
03.03.2012:  Tahniah SK Peserai Juara Keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang MPZ Semerah untuk kali ke enam berturut-turut.  Tahniah dan syabas kepada semua yang telah berusaha bersungguh-sungguh. Kejayaan memerlukan pengorbanan untuk berlatih dan melatih secara sistematik.
Badan yang cergas menghasilkan otak yang cerdas
 Semangat kesukanan mengeratkan persahabatan dan setiakawan.
Bermula dari KASIH SAYANG seorang ibu dan guru.

6 comments:

Ateh Salim said...

Assalamualaikum wbt.

Semasa pengumuman menerima sijil 5 bintang SSQS (SK Pendidikan Khas Melaka) bagi tahun 2011 di Putrajaya, saya diminta menerangkan bagaimana pengalaman......lalu saya kata yang saya ni gila teknologi. Semua guru di sekolah saya 'paksa' menggunakan teknologi/ict dalam semua urusan.

Seorang pegawai dari BTP Bukit Kiara (nama dan pangkat saya lupa) berkata: Kata-kata cikgu itu mengingatkan saya kepada GB SK Peserai Johor. Lalu saya menyampuk: Namanya Hj Sarkawi dan dia adalah guru saya....

Ini cerita betul dan bukan rekaan. Dan sebagai makluman - saya sudah bersara (58) mulai hari 4 Mac 2012.

Hj Sarkawi Hj Satu said...

Salam Tuan,

Tahniah dan terima kasih kerana tuan menjeguk sedikit catatan bergambar saya. Suatu masa nanti mengingatkan sejarah yang pernah saya lalui.

Rasanya saya dah hantar SMS tentang persaraan tuan lebih awal.

SELAMAT BERSARA CIKGU ATEH.

Ateh Salim said...

Menghantar SMS? Rasanya tidak diterima. Mungkin tuan menggunakan no yang HPnya telah lama hilang. Dulu saya memang ada 2 HP (017.... dan 0197552369)

Kini saya guna no 0197552369.

Apa-apa hal pun terima kasih sekali lagi.

misz said...

TERMA KASIH CIKGU....
PERUBAHAN memang perlu...
maka transformasi yang cikgu lakukan membawa perubahan +ve yang akan kekal dalam ingatan...

shirra sallehuddin said...

terima khasih guru besar kerana belanjer saya mkn kfc Kejohanan Balapan dan Padang MPZ Semerah.saya sayang kepada cikgu.

shirra sallehuddin said...
This comment has been removed by the author.