May 4, 2009

Terkejar-kejar

Selepas sedikit membantu JPNJ (jaminan kualiti) untuk SPSK pastu aku ke IAB, balik IAB buat LDP keesoknya ikut MGBBP ke Tanjung Balai. Balik sekolah layan rakan-rakan dari BTPNJ, PKG dan PPD (unit ICT) termasuklah hari ini terkejar-kejar untuk penyelenggaraan PC kat bilik komputer.
.
Cuti Hari Pekerja sempat juga ke majlis perkahwinan anak bekas guru aku kemudian jenguk sekolah baca surat dan TT mana yang diamanahkan di+ tanam semula pokok bunga kertas yang dah mati.
.
Esok pagi (05.04.2009) ke SMK (Felda) Besaut, Sungkai - Majlis Pelancaran Rasmi Sekolah Bestari Luar Bandar oleh KPPM jam 3.00pm - 6.00pm. Aku mungkin tidur di Tanjung Malim kerana Nurul nak ikut balik hari Rabu.
.
Nak kata sibuk, taklah sibuk sangat macam PM...terima kasih Kak Som yang banyak membantu. Terima kasih juga kepada rakan-rakan GPK dan rakan-rakan guru yang lain. Tak ada GB pun kita boleh Johan Bola Baling (P) Zon, Boria dan Melukis tempat ke 3 Batu Pahat, Memanah - mungkin 2 orang murid kita mewakili Johor ke MSSM yang bakal diadakan di Labuah Sabah. Tahniah cikgu-cikgu jurulatih yang bersemangat untuk mengharumkan nama sekolah kita.
.
Tahniah Cikgu Mislia, Cikgu Aida, Cikgu Shamala, dan Cikgu-cikgu lain yang dah ada blog berunsur pendidikan.
Pesan saya: jangan kelam kabut....pelan-pelan buat persediaan nanti kena NCR.

3 comments:

yusofsipan said...

biase ler cikgu, kita ni selalu jer terkejar2.... moga yg dikejar tu sentiasa dapat dan yg sedia dikendung tidak langsung tercicir! Ceria selalu!!!

Shasha said...

Cikgu, saya dan cikgu Masidah sedang menimba ilmu Sekolah Bestari di Marriot Hotel,Putrajaya.Saya dah mahir menggunakan interactive white board.Mesyuarat ini tiap-tiap hari sampai 11.30mlm.Penat memang penat tapi seronok dapat ilmu yang boleh dipraktikkan di sekolah dengan rakan-rakan sekerja.

JaiDa CoMeL said...

Terima kasih juga atas saranan Tuan Haji dalam memberi galakan kepada kami untuk mendalami bidang Teknologi Maklumat.

Walau apapun cabarannya yang penting kita mesti berusaha dan jangan mudah putus asa.

Kita jangan pandang ke belakang sebab kita bakal ketinggalan. Hadapilah cabaran dan cuba suaikanlah teknik dan ilmu terkini dalam menjayakan PIPP 2006 - 2010 dalam teras memperkasakan sekolah kebangsaan,teras memartabatkan profesion perguruan dan teras melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.